Monday, March 16, 2009

XPDC menawan Bukit Sulai








Bermula dengan aku yg terlewat bangun subuh pada pagi tu, afizal datang menjengah ke bilik ku pd pkul 7.10 pagi seolah-olah dia sudah bersedia untuk mendaki bukit..Setelah bersiap aku keluar dan aku melihat pijan,topet,fizal dan nuar sedang menunggu aku dalam kereta..lantas aku terus naik dan kami meluncur laju dengan kereta mugi....

Aku hairan sebab kami semakin menjauhi bukit sulai tu..lantas aku bertanya topet..

aku : kita nk g mana ni pet..??

topet : g warung keluarga ahh...lapo neh..

aku : ceh..ingat nk mendaki dah tadi..demmit tol..

Lepas mentekedarah nasi lemak sambal daging yang mahal di warung keluarga..

Fizal : aahh pas makan aku dah mengantuk la, tak jadi la pergi mendaki bukit..

aku : mampus kau la..janji melayu huh..

pijan : eh korang betul-betul ka nak p mendaki bukit tu..aku tak dapat nak ikut la. aku nak jaga kedai ni..(dialet pijan KL+ perlis)..

Semalam yang janji punya la ramai nak ikut last-last tinggal 6 orang ja, aku,zam,awg,topet,nuar dan mugi...

Topet mencilok kunci kereta kering yang pada masa tu tengah tidur berbungkus..Kami pun pergi ke kaki bukit dengan memarking kereta kering dibawah pokok...

40 minit mendaki bersamaan dengan 1 bulan aku berjogging di kawasan KK2 (walaupun tak pernah jogging) dan 40 minit turun lebih laju dari motor tabien yang mugi naik semasa turun bukit.....masa nak turun tu aku hampir kena sengat lipan seh...kalau tak, ada yang turun bukit bergolek la..apa pun program ni dah capai target...aku menunggu program gila yang seterusnya dari bulat dan fizal...the next location....????


Gambar lipan ni la yang aku hampir disengat...dengan lagak pandai topet dia pergi sepak lipan tu..kalau melekat kat seluar aku macamana??dia sengat kat peha aku ke?? tak muat la seluar kuliah aku nanti..