Setelah tewas ditangan BN dengan majoriti mudah, PR membangkitkan rasa ketidak puasan hati nya terhadap ketelusan SPR. Sekali lagi diingatkan PR menerima kekalahan dalam PRU 13 akan tetapi dia mempertikaikan kredibiliti SPR dalam menangani beberapa isu dalam PRU 13.
Kalau tidak iktiraf keputusan PRU 13 kenapa Kelantan, Penang sudah melantik pemimpin nya?Sepatutnya mereka hold dulu la kalau betul-betul tak nak iktiraf kan akan tetapi dengan pemboikotan terhadap SPR ini adakah pengiraan undi semula akan dilakukan?atau sedia untuk buat PRU sekali lg?anda yakin undi-undi akan di kira semula?Mau tak mau terima sahaja kekalahan ini walaupun majoriti rakyat Malaysia sukakan PR dan BN mengalami kemerosotan dari segi kerusi DUN dan Parlimen.
Tsunami Cina...Isu perkauman patutnya dan sepatutnya tidak perlu dimainkan oleh pemimpin-pemimpin kita kerana ia mungkin akan mengugat kestabilan dalam negara kita. So pliss la setakat yg aku nampak ada beberapa pemimpin dan media yang sengaja hendak meniup api perkauman di negara ini.
Orang mempertikaikan kenapa MB Johor kalah di tangan Lim Kit Siang di gelang patah tetapi tidak pertikai Garry Lim yang kalah di tangan Rafizi?Kedua-dua bertanding dikawasan majoriti cina.Sebab perkauman kah?Rafizi itu cina kah?Banyak lagi kerusi DUN dan Parlimen yang PR menang di kawasan majoriti cina yang wakilnya adalah melayu.
Ada juga wakil BN melayu yang menang di kawasan majoriti cina dengan mengalahkan wakil cina dari PR so macamana ni?Racist ke? Kenapa tak pertikai?
Isu nya ialah bukan tsunami cina akan tetapi pepecahan Melayu yang semakin ketara. Anda bangga menjadi bangsa melayu?Bangsa yang dikatakan pemalas, iri hati dan suka berdendam bergaduh sesama sendiri?
Ok sekiranya SPR itu satu badan yang profesional so sila jawab dengan hujah dan bukti berkenaan video dan gambar-gambar yang ada didalam internet yang menunjukkan berlaku ketidak telusan dalam PRU 13 ini.
Jika jawapan SPR memuaskan maka mungkin berlaku pengurangan orang yang tidak puas hati ni kan. Aku juga tidak mengetahui kesahihan semua video dan bukti-bukti ni sebab tu aku mengharap ada penerangan dari pihak yang bertanggungjawab itu sendiri.
Mulianya melayu kerana ISlam bukan Mulianya Islam kerana Melayu kan so untuk kembali ke arah penyatuan melayu ni dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, tak perlu nak tuduh-tuduh nak cerca penyokong parti itu kafir ke jahat ke bodoh ke apa cuma muhasabah diri sendiri balik, sok mati ALLAH nak tanya kamu dari bangsa apa ke?dari parti mana ke?
Harapan kali ni BN khususnya UMNO akan mengamalkan ajaran ISLAM dalam negara kita ni bermula dari akar umbi sehingga pucuk pimpinan yang tinggi sekali. Kita umum sudah mengetahui segala keburukan yang dilempar oleh media terhadap PAS. Tiada lagi kesempurnaan PR di mata rakyat dan BN itu tiada cacat celanya..itu ulasan beberapa artis di Malaysia ni menyifatkan kebebasan media dinegara kita yang agak berat sebelah.
Pihak yang benar akan menang jua akhirnya, Islam akan menang jua nanti cuma kita tidak tahu bila masanya, pertolongan ALLAH itu ada cuma lambat atau cepat sahaja, mungkin ALLAH menangguhkan kemenangan Islam itu disebabkan ada di antara kita yang masih kurang "bersih"..Sekiranya saudara palestin kita itu benar mengapa sampai sekarang mereka masih menjadi mangsa Zionis. Sekiranya Pemimpin negara kafir lain masih berkuasa adakah disebabkan mereka itu dipihak benar?
Dan sekiranya PAS itu sesat dan menyesatkan maka suatu hari nanti pasti ia akan dihancurkan oleh ALLAH dan sekiranya UMNO itu sesat maka ia juga akan menerima nasib yang sama. Dan ketahuilah Islam itu tidak mudah ditegakkan sekiranya tiada perpaduan dikalangan umatnya..
Dan anda tidak boleh mengaggapkan bahawa setiap penyokong atau ahli PAS itu sembahyang sepenuhnya, tutup aurat atau berperilaku baik dan mulia di mata orang lain dan anda juga tidak boleh mengaggap orang UMNO itu semuanya jahat, tidak solat atau sentiasa buat dosa. Dan anda juga tidak berhak menilai diri anda itu baik, sempurna jika nak dibandingkan dengan orang lain kerana membanggakan diri dengan kebaikkan yang ada itu lah "dosa syirik tersembunyi" kita kepada ALLAH.....
yooooosshhhhhhh

